TIPS PEMILIHAN WARNA
Kategori: Gaya Hidup, Trending Semasa
Hari ni korang pakai baju warna apa? Korang tahu tak setiap warna pakaian yang korang pakai tu mempunyai aura tersendiri yang mampu menyerlahkan si pemakainya tau.
Ramai yang memilih warna mengikut personaliti diri atau kesesuaian kulit. Sebenarnya pakar motivasi mengatakan pemilihan yang tepat adalah berdasarkan hari.
Jom baca TIPS di bawah ini :
Isnin - Putih/Cream
Hari Isnin sebagai permulaan hari, jadi amat penting untuk kamu kembali ke kuliah atau tempat kerja dengan mood yang positif. Warna ini lambang kesucian harmoni. Pemakaian warna putih akan membuatkan kamu berasa polos dan bersedia menghadapi sebarang kemungkinan dengan tenang.
Selasa - Merah Jambu/Ungu
Dua warna ini memiliki kasih sayang dan tumpuan.Aura positif daripada merah jambu membuatkan korang berasa gembira dan selesa. Ini mudah bagi kamu untuk fokus terhadap tugasan yang diberikan oleh ketua atau pensyarah. Warna ini juga membuatkan korang ceria dan kelihatan muda daripada usia sebenar.
Rabu-Biru
Biru dikatakan mampu melancar atau memudahkan komunikasi. Ia juga mendorong korang untuk berfikiran rasional dan membuat keputusan dengan tepat.
Khamis - Kuning/Oren
Warna ini memantulkan tenaga dan menjana pemikiran yang lebih kreatif dan kritis. Dua warna tersebut memberi keceriaan dan membuatkan korang bergerak aktif melaksanakan segala tugasan dengan pantas. Dua warna tersebut juga mendorong tubuh korang kekal bertenaga dengan pemikiran cergas sepanjang hari.