WARNA BAJU DAN FESYEN PALING POPULAR TAHUN 2020

Adakah diantara tuan puan yang tengah mencari warna baju yang popular untuk tahun 2020 ini? Atau mungkin sedang mencari padanan warna baju bridesmaid yang popular di tahun 2020? Atau bahkan warna baju perkahwinan tahun 2020 ini? Berdasarkan kajian Pantone baru-baru ini, ada beberapa warna-warna yang dijangka popular pada tahun 2020. Warna-warna ini dijangka memenuhi pasaran fesyen, hiasan dalaman dan lain-lain. Jadi bukan hanya untuk warna baju, tudung, gaun bridesmaid, perkahwinan atau fesyen sahaja, tapi mungkin juga warna hiasan atau bahkan warna dinding rumah yang popular di tahun 2020 ini.