5 Langkah Utama Pencegahan Virus Corona yang Paling Dianjurkan Oleh WHO

Masih tentang virus Corona (Covid-19) yang kini sedang kita hadapi, bahkan virus ini telah ditetapkan sebagai pandemik (wabak penyakit global) oleh Organisasi Kesihatan Dunia atau World Health Organization (WHO). Namun WHO telah memberikan hebahan tentang pencegahan jangkitan virus melalui 5 langkah utama dalam Pola Hidup Bersih dan Sihat diantaranya ialah :


Cuci Tangan Selalu

Mencuci tangan masih menjadi cara utama sebagai pencegahan, cuci tangan yang dimaksudkan ini adalah membersihkan seluruh bahagian telapak tangan dengan baik dan betul. Menggunakan sabun antiseptik, gosoklah dengan lembut hingga ke bahagian celah jari, lalu bilas dengan air mengalir. Jika anda tidak sempat untuk mencuci tangan dengan sabun dan air, maka anda boleh menggunakan cairan pembersih tangan yang tidak memerlukan air (Hand Sanitizer).

Cucilah tangan anda ketika tangan terasa kotor, setelah buang air kecil atau besar, setelah dari toilet, setelah batuk atau bersin, setelah berhubung langsung dengan orang yang sedang sakit, sebelum dan sesudah menyediakan makanan, sebelum makan atau setelah makan dan setelah bersentuhan dengan haiwan terutama haiwan mamalia dan reptilia kerana haiwan tersebut memiliki risiko tinggi dijangkiti virus Corona.


Mulai Terapkan Social Distancing

Langkah ke dua ialah dengan menerapkan social distancing atau pembatasan sosial, yang bertujuan untuk memperlambat atau menghentikan penyebaran penyakit yang menular. Dalam hal ini WHO menyarankan untuk kita menjaga jarak minimal 1 meter dengan mereka yang sedang batuk ataupun bersin.

Mengapa demikian? sebab ketika batuk ataupun bersin itu bererti mereka menyemburkan titisan air kecil dari hidung atau mulut mereka yang mungkin mengandung virus, dan jika anda terlalu dekat anda boleh tersedut titisan air tersebut tanpa disedari akan sangat berbahaya jika titisan air kecil itu mengandungi virus Corona didalamnya.

 

Jangan Menyentuh Permukaan Wajah dengan Tangan Kotor

Menyentuh permukaan wajah menjadi kebiasaan yang memang sukar dihindari, namun mulai dari sekarang anda harus boleh mengawal tangan untuk tidak menyentuh permukaan wajah selagi tangan anda terasa sedang tidak bersih. Langkah ini dianjurkan oleh WHO, kerana mungkin saja virus sedang melekat di telapak tangan, dan ketika anda menyentuh permukaan wajah maka tangan anda dapat memindahkan virus tersebut ke mata, hidung dan mulut. Jika itu terjadi maka virus boleh masuk dengan mudah ke dalam badan anda.

 

Gunakan Etika Batuk dan Bersin dengan Betul

Untuk anda yang masih suka batuk dan bersin sembarangan, cuba ubah kebiasaan itu, sebab itu akan menjadi cara penularan virus dengan cepat kepada orang lain. Nyatanya masih ramai orang yang belum menerapkan hal yang mudah ini, bahkan badan organisasi kesihatan dunia (WHO) pun menjadikan etika batuk dan bersin sebagai cara pencegahan utama penyebaran virus Corona.

Iaitu dengan cara menutup hidung dan mulut dengan tisu ketika batuk dan bersin, jika tidak terdapat tisu maka gunakanlah lengan atas kerana lengan atas tidak terlalu sering berhubung langsung dengan makanan ataupun alat makan, jika sudah terlanjur menutup hidung dan mulut dengan telapak tangan, maka segeralah cuci tangan anda minimal dengan menggunakan hand sanitizer.

 

Jangan Ragu Untuk Mendapatkan Rawatan Perubatan

Pemeriksaan kesihatan kini telah dilaksanakan melalui ukuran suhu badan di kemudahan awam atau sosial seperti di lapangan terbang dan stesen kereta api untuk mengetahui siapa saja yang kemungkinan sedang tidak sihat untuk mencegah penyebaran virus di tempat tersebut.

Namun memang tindakan demikian membuat kita menjadi khuatir dan pasti sangat takut dan malu jika kita menjadi orang yang positif dijangkiti virus Corona, tetapi rasa khuatir dan malu itu adalah tindakan yang salah apalagi jika anda sampai melindungi keadaan badan yang sedang tidak sihat. 

Jika anda atau anggota keluarga anda sedang demam, batuk dan kesulitan bernafas maka harus segera ke hospital untuk mendapatkan rawatan perubatan secepatnya, jangan malu, takut ataupun ragu untuk memeriksakan diri ke doktor agar gejala-gejala tersebut segera mendapat rawatan tepat dan ingatlah untuk selalu memakai mask ketika anda sedang merasa tidak sihat

Oeh itu, mulai dari sekarang kita harus tingkatkan kepedulian terhadap bahayanya virus Corona, lakukanlah pencegahan untuk anda dan keluarga dengan pola hidup bersih dan sihat setiap waktu, dan jangan pernah lupa untuk berbuat kebaikan walau kini kita sedang berjuang melawan virus Corona.



Older post Newer post