Cart 0

5 Tips Mudah Amalkan Pemakanan Sihat


Semua orang inginkan berat badan ideal. Nak badan yang sihat dan selalu cergas bertenaga. Betul tak?

Mesti tak kurang juga yang mahukan badan senipis kerengga, terutama pada musim  perayaan ni. Dapatlah melaram dengan kebaya idaman nanti. Betul tak?



Tapi ramai tak tahu macam mana nak mula. Jadi macam mana nak dapatkan badan cantik ni? “Perut manusia itu tempat segala penyakit, manakala pencegahan itu pokok dari segala pengubatan.” (Riwayat ad-Dailami) Melalui hadis di atas, dapat cik kina simpulkan bahawa kunci untuk menjadi sihat adalah dengan menjaga perut. Maksudnya jaga pemakanan kita. Dan  amalkanlah pemakanan yang betul. “Jadi macam mana pula nak makan dengan betul tu?” Makan dengan betul adalah dengan mengamalkan cara pemakanan sihat.

APA ITU PEMAKANAN SIHAT?

Ramai orang beranggapan bahawa kurus tu sihat. Jadi untuk dapatkan badan idaman, ramai yang telah merana dengan mencuba pelbagai diet yang melampau. Akak beranggapan bahawa tempoh diet merupakan tempoh yang menyukarkan akak . Ianya menghalang akak untuk menikmati makanan kegemaran akak. Akak berasa tidak gembira sepanjang tempoh tersebut dan tidak menikmati proses yang dilalui.

Kesannya, lepas dah dapat bentuk badan yang diingini, akak kembali makan dengan kadar seperti sediakala. 



Salah tuu…

Hakikat yang perlu akak sedar ialah pemakanan sihat dan diet yang betul sebenarnya merupakan sebahagian daripada “amalan gaya hidup sihat”. 

Gaya hidup ataupun dalam bahasa Inggerisnya yang sering kita dengar sebagai “lifestyle” merupakan suatu yang tak boleh kita umpamakan seperti “Guna-guna alu, sesudah menumbuk dicampakkan”. Ianya perlulah dijadikan gaya hidup yang kekal. Bukan sekejap-sekejap dan bukan sementara.



Pemakanan sihat justeru mestilah diamalkan sepanjang masa agar akak dapat merasai manfaatnya seperti menambahkan tenaga, meningkatkan kesihatan tubuh badan, membaiki mood akak dan juga dapat membuat akak berasa lebih kuat dan hebat. Mempraktikkan amalan pemakanan sihat tidak sepatutnya menjadi sesuatu yang membebankan. Perkara utama yang perlu diambilkira untuk mendapatkan pola pemakanan sihat adalah dengan menggantikan makanan proses dengan makanan yang sebenar apabila mampu. Dengan mengambil makanan yang sehampir mungkin dengan makanan sebenar dapat memberi perubahan yang besar dalam hidup akak.

PIRAMID PEMAKANAN SIHAT


 

Piramid makanan sebenarnya dapat membantu cik kina untuk mengamalkan pola pemakanan sihat dengan lebih mudah.Bahagian paling besar dan paling bawah merupakan nutrisi yang paling penting dan perlu diambil dengan kadar yang paling banyak. Makanan yang berada pada tangga teratas adalah makanan yang perlu dielakkan sama sekali.


KEPENTINGAN PEMAKANAN SIHAT

Jika akak berasa buntu dengan nasihat pakar pemakanan yang pelbagai di luar sana, ketahuilah bahawa akak tidak berseorangan. Mungkin akak sering memerhatikan terdapat pelbagai teori pemakanan yang cuba disampaikan. Untuk setiap pakar pemakanan yang memberitahu bahawa makanan mana yang baik untuk akak atau tidak, ada sahaja pihak lain yang mengatakan sebaliknya. Sungguh keliru bukan? Tahukah akak , cik kina  sebenarnya hanya memerlukan  protin, lemak, karbohidrat, sayur, vitamin dan mineral yang seimbang dalam diet cik kina untuk mengekalkan tubuh yang sihat, akak tidak perlu membuang beberapa kategori makanan daripada diet akak, tetapi sebaliknya buatlah pilihan yang paling sihat dalam setiap kategori.

 

BAGAIMANA CARANYA?  

Faktor utama untuk memastikan akak dapat mengekalkan tabiat pemakanan sihat adalah dengan mengekalkan kesederhanaan.

Daripada menjadi terlebih risau dengan sibuk mengira kalori contohnya, cuba fikir tentang diet akak dalam perspektif yang lebih menarik. Pernah atau tidak akak bayangkan akak boleh menjadi kreatif dengan pengamalan diet baru ini. Akak boleh cuba libatkan kepelbagaian dalam aspek warna dan tahap kesegaran bahan yang digunakan. Cuba elakkan makanan berbungkus dan makanan yang diproses. Ini termasuk dalam 5 makanan yang perlu dielakkan. Cuba ambil bahan makanan yang lebih segar jika mampu.

“Masih buntu?”

Jangan risau!

Dengan menggunakan beberapa tips ringkas di bawah, akak sebenarnya dapat membuang segala kekeliruan yang menghantui diri akak. Akak juga dapat belajar cara untuk mencipta dan juga mengekalkan kepelbagaian makanan yang enak serta penuh nutrisi yang tak hanya bagus untuk minda, tapi juga untuk otak.

 

1. Sediakan sendiri bahan makanan akak



Memasak sendiri makanan boleh membantu akak meneliti dengan lebih baik apa yang masuk dalam perut. Hal ini kerana memandangkan bahan-bahannya disediakan oleh akak sendiri, tentunya akak sedar bahan apa sebenarnya yang akak masukkan dalam masakan. Akak akan makan kalori yang lebih sedikit dan akan berjaya mengelakkan bahan perasa kimia, gula tambahan dan juga lemak tidak sihat  yang biasanya terdapat dalam bahan makanan berpaket dan makanan yang diawet. Bahan makanan berpaket dan diawet sewajarnya dijauhi kerana ianya dapat menyebabkan akak mengalami keletihan, perut menjadi buncit, kegatalan, sistem depresi yang semakin memburuk dan juga kebimbangan melampau. Jadi, tidak dinafikan lagi dengan memasak sendiri bahan makanan, akak dapat mengelakkan kesan-kesan negatif ini.Tentunya kualiti hidup akak akan berubah menjadi lebih baik.

 

2. Lakukan perubahan yang betul



Apabila akak ingin mengurangkan makanan tidak sihat dalam diet, sangatlah penting untuk akak menggantikan makanan tersebut dengan makanan yang lebih sihat. Akak bolehlah menggantikan lemak tidak tepu dengan lemak yang lebih sihat. Contohnya seperti menukar dari makan ayam goreng kepada ikan salmon yang dibakar atau panggang semestinya dapat memberi kesan yang lebih positif kepada kesihatan tubuh badan.

 

3. Baca label 


Membaca label merupakan langkah yang mesti dilakukan. Sangatlah penting untuk cik kina sedar kandungan bahan dalam makanan cik kina. Ini kerana pengilang biasanya akan menyembunyikan sejumlah besar gula ataupun lemak tidak sihat dalam makanan segera. Walaupun makanan tersebut dijamin menyihatkan, akak mestilah sentiasa berwaspada. Jangan lupa baca kandungan label sebelum membeli bahan makanan yang akak inginkan.

 

4. Fokus pada perasaan selepas makan



Setiap kali selesai makan, cuba perhatikan apa yang akak rasa. Adakah akak rasa mudah penat? Ataupun cepat mengantuk? Dengan melakukan langkah ini, akak akan dapat menyesuaikan diri dengan amalan pemakanan baru yang lebih sihat. Semakin sihat makanan diambil, akak akan rasa lebih baik. Semakin banyak makanan ringan yang akak makan, semakin akak rasa tidak selesa, pening dan kekurangan tenaga walaupun sudah makan dengan jumlah yang banyak. Akak tentunya dapat mengenal perubahan tersebut dan bandingkan kesan yang dapat akak rasa supaya akak dapat memilih dengan lebih mudah apa yang terbaik untuk anda.

 

5. Minum banyak air.



Ramai sedia tahu bahawa pengambilan air putih sangatlah penting untuk mendapatkan badan yang sihat. Air putih dapat membantu menyucikan dan meneutralkan toksin dalam badan. Sayangnya, ramai dari cik kina tidak mengamalkan pengambilan air yang mencukupi dengan keperluan badan untuk aktiviti seharian. Kesannya cik kina menjadi letih, kurang bertenaga, dan sakit kepala. Dengan mengekalkan tabiat minum air mencukupi sekurang-kurangnya sebanyak 8 gelas sehari, badan dan fikiran akak akan dapat berfungsi dengan lebih baik. Ianya juga dapat mengekalkan kelembapan yang diperlukan oleh tubuh akak. Jadi, akan lebih mudah untuk akak menentukan pilihan makanan yang lebih sihat.



Berubah ke arah pemakanan sihat tidak seharusnya menjadikan akak stres. Ia merupakan satu proses pembelajaran yang memerlukan masa. Ianya tidak semestinya sempurna pada percubaan pertama. Jika hari ini tidak berjaya, akak boleh cuba lagi. Akak tidak semestinya terus menyekat makanan yang akak suka. Akak juga tidak semestinya membuang semuanya pada suatu masa. Itu biasanya akan membuatkan akak cenderung untuk menipu ataupun lebih parah lagi terus berputus asa untuk mencuba pelan pemakanan baru. Kaedah yang lebih baik ialah dengan membuat perubahan kecil tetapi berterusan pada sesuatu masa. Dengan mengekalkan gol yang sederhana, akak akan dapat mencapai lebih banyak matlamat dalam jangka masa panjang. Dan ini dapat dilakukan tanpa rasa tidak selesa dan terpaksa dengan kaedah diet yang berlebihan. 


Semoga tips-tips di atas dapat membantu akak mengekalkan diet yang sihat seterusnya membantu memberi manfaat yang lebih banyak untuk kehidupan seharian anda. Selamat beramal!



Older post Newer post