Apa lagi anda perlu tahu tentang COVID-19?

Apa lagi anda perlu tahu tentang COVID-19?

Pelbagai mitos tentang pandemik COVID-19 yang sering kita baca menerusi perkongsian ramai terutamanya di laman media sosial.

 Jadi apa kata kita kongsi fakta tentang mitos COVID-19 agar anda di luar sana tidak ‘termakan’ dengan maklumat palsu yang kemudiannya boleh memudaratkan diri.

 Astro AWANI kongsikan fakta yang dikeluarkan oleh Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO).

 

1. COVID-19 tidak boleh dipindahkan melalui gigitan nyamuk

COVID-19 dikategorikan sebagai virus respiratori, jadi ia hanya boleh berjangkit menerusi titisan air atau cecair yang disebarkan menerusi batuk atau bersin atau lendir yang keluar daripada hidung.

Untuk perlindungan diri, kerap mencuci tangan menggunakan cecair berasaskan alkohol atau air dan sabun.

 

2. Cuaca sejuk dan salji tidak boleh membunuh virus COVID-19

 Tiada keterangan sahih bahawa cuaca sejuk boleh membunuh koronavirus atau penyakit lain sedangkan suhu normal badan manusia perlu berada antara 36.5 sehingga 37 darjah Celcius.

 

3. Pengering tangan tidak boleh membunuh Coronavirus

 Pengering tangan tidak boleh membunuh COVID-19. Untuk perlindungan diri, kerap mencuci tangan menggunakan cecair berasaskan alkohol atau air dan sabun. Keringkan tangan anda menggunakan tisu atau alat pengering tangan.

 

4. Lampu ultraviolet (UV) tidak boleh membunuh Coronavirus

 Lampu UV tidak sepatutnya digunakan untuk sterilkan tangan atau mana-mana bahagian kulit manusia kerana ia boleh menyebabkan iritasi atau gatal-gatal pada kulit.

 

5. Menyembur alkohol atau klorin pada seluruh badan tidak boleh membunuh Coronavirus.

 Dengan menyembur alkohol atau klorin pada badan tidak akan membunuh virus yang sudah berada di dalam badan. Ia sebaliknya boleh mendatangkan mudarat kepada mata dan mulut.

Benar kedua-dua bahan itu boleh digunakan sebagai disinfeksi, tetapi perlu mengikut peraturan yang dibenarkan.

 

6. Adakah vaksin pneumonia boleh melindungi manusia daripada Coronavirus?

 Tidak. Vaksin pnemumonia seperti vaksin pneumokokal dan Haemophilus influenza jenis B (Hib) tidak boleh melindungi manusia daripada koronavirus.

 COVID-19 merupakan virus baharu dan ia memerlukan vaksin yang tersendiri.

Bagaimanapun ia boleh digunakan untuk penyakit respiratori.

 

7. Adakah air larutan garam mampu menghalang Coronavirus?

 Tidak. Tiada bukti bahawa penggunaan larutan air garam untuk membersihkan hidung mampu melindungi seseorang daripada Coronavirus. Terdapat bukti bahawa membersihkan hidung menggunakan air larutan garam boleh menyembuhkan selesema seseorang.

Bagaimanapun, kekerapan berbuat sedemikian belum pernah dibuktikan mampu melindungi jangkitan penyakit respiratori.

 

8. Adakah antibiotik berkesan dalam melindungi dan merawat Coronavirus?

Tidak. Antibiotik tidak berkesan ke atas virus, hanya pada bakteria. COVID-19 merupakan sejenis virus, jadi antibiotik tidak sepatutnya digunakan sebagai alternatif rawatan atau pencegahan. Bagaimanapun, jika ada ditahan di hospital kerana COVID-19, anda akan diberi antibiotik kerana anda berkemungkinan mempunyai jangkitan bakteria.

 



Older post Newer post