Cart 0

Cara-Cara Memakai Makeup Yang Simple Tapi Cantik

*Tutorial ini adalah untuk beginner dalam dunia makeup

First thing, korang kena pastikan yang muka korang bersih dan bebas dari sebarang makeup

Next, korang kena kenali muka korang jenis kulit muka yang macam mana. Kulit jenis oilyskin ke? Kering ke? kombinasi ke? normal ke?

Lepas dah kenal, kita kena prep kan muka kita dulu supaya makeup tahan lama. Dalam entry kali ni, mula-mula sembur Face Mist Mary Jardin, kemudian ‘dap dap’ dengan Face Oil Mary Jardin dan last sekali Collagen Serum Mary Jardin

Okay, lepas semua bahan-bahan produk dah meresap ke dalam kulit. Kita start dengan lukis kening

 

Cara-cara nak lukis kening dengan betul ialah korang kena kenal mana puncak(arc) kening korang, lepas tu sikat bulu kening tu. Then, start lukis frame kening.

 

Start dari bawah kening, then baru yang atas kening. Lepastu, penuhkan ruangan dalam kening guna pencil atau powder dari tengah hingga ke belakang. Guna concealer untuk tutup bulu kening yang berlebihan (ni teknik yang tidak mencabut bulu kening)

 

Lepas dah guna concealer, ambil beauty blender basahkan span dan ratakan concealer

 

Tips MUA: Gunakan eyebrow pencil atau eyebrow palette yang berwarna coklat gelap(brown). Elakkan menggunakan warna hitam. Nanti jadi kening shin chan tau. kikikiki

 

Step by steps how to draw eyebrow

 

Lepas dah siap kening, guna primer pulak. Okay primer ni korang kena pilih primer yang mengikut jenis kulit korang. Primer ni tujuan dia untuk tutup flaws kita dan hilangkan cela di muka. Paling utama ialah nak bagi makeup tahan lama. Ini lah rahsia nya, ia dipakai before pakai foundation

 

Next step ialah pakai concealer. Kita ada 2 jenis concealer. Concealer warna oren ialah untuk dark circle atau bahagian gelap di muka dan concealer warna hijau ialah untuk tutup bahagian muka yang kemerahan akibat jerawat dan untuk menutupi jerawat.

Lepas tu ‘dap dap’ concealer tu untuk ratakan sikit. Jangan blend bagi hilang concealer tu, nanti apa yang kita flaws kita nampak.

Seterusnya pakai foundation. 

Okay, exclusive nya makeup workshop Mary Jardin ni, semua peserta dapat cuba sample terbaru foundation MJAC. Best sangat foundation ni, tesktur ringan, tak berat lepas pakai, senang nak blend dan full coverage tau!

Sebelum pakai foundation, kita kena kenal warna kulit kita. Untuk pemilihan warna foundation yang sesuai, TIPS MUA ialah pilih dua warna tona yang lebih cerah dari warna kulit.

Dan pastikan jika kulit anda jenis oily skin, jangan letak foundation di bahagian hidung. Nanti nampak berkilat bila tangkap gambar.

Start sapu foundation nipis-nipis dahulu, boleh guna tangan or brush foundation.

Lepas tu ratakan dengan beauty blender. TIPS MUA jangan seret span masa ratakan. Hanya tekan secara lembut  atau dap dap je foundation ke kulit

 

Selepas itu, ambil loose powder sapukan nipis nipis rata ke muka. Yang ni, macam layang-layang kan brush ke muka jaa.

 

Next step ialah eyeshadow. Sebelum tu, touch up loose powder bawah mata, rahang, batang hidung untuk elak warna eyeshadow jatuh.

 

Okay, ada 5 step untuk teknik eyeshadow:

Step 1 : Guna warna base yang cerah untuk seluruh mata

Step 2 : Sapu eyeshadow dari luar ke dalam kelopak mata. Guna transition colour

Step 3 : Guna warna eyeshadow shimmer. Sapukan tengah ke dalam

Step 4 : Sapu dari tengah ke luar

Step 5 : Sambung step 4, sapu ke bawah mata dari luar ke dalam 

 

Seterusnya ialah pakai eyeliner. First sekal, Kina gelapkan gap bulu mata, supaya tak nampak eyeliner tergantung. Yang ni boleh guna kan eyeliner pencil atau eyeliner Maybelline Kajal (warna kuning). 

 

TIPS MUA pilih eyeliner yang waterproof supaya mata tak nampak smudgy kemudian sambung pakai liquid eyeliner.

 

TIPS MUA pastikan liquid eyeliner sentiasa ditutup dengan kemas untuk mengelakkan daripada mengeras. Dan bila dah pakai, sila tutup mata seketika untuk biarkan eyeliner mengering.

 

Kemudian sambung pakai maskara. Gunakan penyepit bulu mata, untuk curl kan bulu mata, then baru la kita pakai maskara. 

 

Seterusnya buat shading guna teknik contouring. Buat teknik contouring pada pipi, bawah pipi, atas tepi dagu.

 

Kemudian pakai blusher di atas pipi. TIPS MUA kena senyum dulu baru sapu di pipi. Sapu nipis nipis je, supaya nampak lebih natural.

 

Last sekali letak highlight di hidung dan pipi area blusher.

 

Opss jangan lupa pakai lipmatte untuk bibir. Sebelum tu oles dulu Lipbutter Mary Jardin, baru pakai lipmatte

 

Siap and you're good to go!

 

TIPS MUA : Untuk pastikan makeup tahan lebih lama, boleh sembur face mist Mary Jardin di muka

 

Antara produk untuk makeup kalini

 

Terima kasih sebab baca sampai habis entry Kina. Korang memang awesome lah!





Older post Newer post