Cart 0

Cara Cara Memilih Foundation Muka

 

Bedak asas (Foundation) memang benda yang paling penting bila kita nak mula belajar tentang makeup sebab bila kita jumpa foundation yang serasi dengan kulit muka, outcome makeup memang flawless & natural looking.

 

10 Sebab Kenapa Kita Mesti Guna Foundation

  • Sebagai barrier dari pollution dan toxin di sekitar kita

  • Even out warna kulit kita dan tambahkan radiance pada complexion muka

  • Mengecilkan lubang pori

  • Kerosakan pada kulit muka (parut, jerawat etc) boleh jadi less obvious

  • Sebagai base untuk makeup lain

  • Sebagai sunscreen untuk melambatkan proses penuaan pada kulit dan kanser kulit

  • Meningkatkan confidence level kita

  • Foundation yang tepat boleh buatkan kita nampak lebih muda

  • Foundation mengandungi moisturizer dan anti ageing ingredients

  • Untuk yang berkulit cerah, ia boleh mengurangkan masalah kemerahan pada kulit

 

Nak dapatkan foundation yang serasi dengan muka sebenarnya tak susah tapi kena ingat yang foundation muka ni kegunaannya untuk create base for the flawless skin, bukannya untuk putihkan muka kita. Kalau kita beli foundation yang warna dia lagi cerah dari kulit muka kita, memang muka nampak macam kena tabur tepung. Hehehe. Sebelum pilih foundation kita perlu tahu jenis jenis kulit muka supaya foundation yang dibeli boleh compliment kulit muka.

 

Okay, I'm going to talk about how you're going to find the perfect type of foundation to get the effect you wish for.

 

Step 1: Type of Foundation Coverage

Coverage foundation bergantung pada banyak mana kita perlu cover masalah kulit yang kita ada, jadi kena ingat tak semua orang perlu tepek bedak banyak banyak hahaha (lesson learnt from my previous mistakes)

 

Sheer Coverage

  • Coverage paling nipis

  • Untuk yang tiada masalah kulit teruk

  • Jerawat, parut etc akan masih kelihatan pada kulit

  • Luminous look

Medium Coverage

  • Masih natural looking

  • Boleh cover masalah kulit seperti blemishes (uneven skin tone) atau masalah redness pada kulit

Full Coverage

  • Boleh cover apa sekalipun yang kita hendak cover termasuk tattoo

  • Elok untuk yang mempunyai masalah jerawat/parut jerawat yang banyak

 

Step 2: Type of Foundation Finish

 

 

 

Effect yang kita perlukan dari foundation juga antara perkara penting dalam memilih foundation muka.

 

Satin Finish

  • Dewy sheen look (glowing effect pada muka)

  • Sesuai untuk catwalk models dan fashion magazine models

Natural Finish

  • Balance between shine and matte look

  • Elok untuk kegunaan harian

Matte Finish

  • No shine on your face

  • Jenis foundation untuk kulit berminyak

  • Sesuai untuk orang yang aktif atau banyak melakukan kerja di luar

 

Step 3: Type of Shade


 

Bergantung pada kecerahan atau kegelapan kulit, kita boleh decide jenis skin undertone kita. Kalau kita tinggal di kawasan yang ada 4 musim, I recommend to go one shade darker during the summer and 1 shade lighter during winter. 

Untuk dapatkan shade yang tepat, digalakkan cuba sendiri di kaunter product (Sephora/Ulta/Beauty Counter) dan matchkan foundation di kawasan pipi ke kawasan leher. Kalau yang bertudung, kawasan pipi ke dagu pun dah okay.

Kalau warna foundation obvious cerah, its too light. Kalau warna foundation obvious gelap, its definitely too dark. Foundation yang tepat sepatutnya blend dengan kulit muka kita. Again, foundation kegunaan dia bukan untuk mencerahkan kulit muka.

 

Step 4: Type of Undertone

 

 

Golden/Olive/Yellow

  • Kulit akan menjadi bertambah gelap jika terdedah pada cahaya matahari

  • Urat di bahagian bawah tangan berwarna kehijauan

Pink

  • Kulit akan menjadi kemerah merahan jika terdedah pada cahaya matahari

  • Urat di bahagian bawah lengan berwarna kebiruan

Neutral

  • Urat dibahagian bawah lengan berwarna kebiruan dan kehijauan

Itu dia, 4 langkah untuk pilih foundation untuk muka kita. In my next post I akan ceritakan jenis jenis foundation dan foundation yang sesuai untuk jenis kulit muka yang kita ada. Stay tuned ;)






Older post Newer post