Cart 0

Cara Untuk Dapatkan Pemakanan Seimbang Setiap Hari

Ramai beranggapan bahawa mengurangkan pengambilan makanan harian adalah cara diet terbaik dan sebagai ganti mereka makan tidak mengikut masa yang betul serta salah faham tentang pengambilan bahan yang tepat dalam setiap menu.


 


Lihat, faham dan ikut ilham di bawah sebagai panduan terbaik buat akak.


SARAPAN PAGI

Masih ramai meminggirkan sarapan pagi atas alasan tidak sempat biarpun tahu akan kepentingan pengambilannya. Daniela Jakubowicz menerusi bukunya The Big Breakfast Diet menerangkan pengambilan sarapan pagi dalam total kalori 610 sehingga 850 sebelum jam sembilan pagi mampu meningkatkan kadar metabolisme tubuh untuk mempengaruhi hormon dalam pembakaran lemak.


Cadangan hidangan

1 hidangan bijirin bersama buah pilihan seperti pisang atau pilihan beri

1 gelas jus oren

atau

1 hidangan nasi goreng berserta sayuran hijau (yang tidak digoreng lama)

1 cawan kopi (kurang atau tanpa gula)


TENGAH HARI

Elak mengambil nasi dalam hidangan yang besar. Separuh sudah memadai dan mulakan makan hidangan tengah hari akak dengan mengambil sayuran terlebih dahulu sebelum nasi. Pastikan juga kandungan protein (sebaiknya ikan) yang diambil tidak terlalu berminyak.


Cadangan hidangan

Caesar salad bersama hirisan isi ayam

Satu hidangan buah

Air kosong

atau

½ pinggan nasi

Sup sayur

1 ekor ikan yang distim

1 hidangan buah

Air kosong


MALAM

Waktu yang tepat untuk makan malam adalah sebelum jam lapan malam. Kathleen Zelman dalam tulisannya, 10 Quick, Delicious and Healthy Dinners menulis – jika akak seorang yang kerap mengambil hidangan tengah hari di luar sebaiknya masak sendiri untuk hidangan makan malam. Jangan lupa sentiasa makan buah-buahan selepas makan malam.


Cadangan hidangan

Nasi putih

Campuran sayur

Ikan panggang

2 biji pisang

Air kosong

atau

Bijirin gandum bersama susu kurang lemak

Roti (wheatmeal) bakar bersama tuna

Air masak

2 biji pisang




 



Older post Newer post