Cart 0

COVID-19: Apa tindakan paling bertanggungjawab sebagai warga prihatin?


Anda mampu mengubahnya, bantulah pekerja barisan hadapan 



COVID-19 telah menimbulkan panik pada hampir keseluruhan masyarakat. Jika dilihat dari suasana semalam di mana pasaraya dikosongkan oleh pembelian panik dan juga kesesakan lebuhraya maka ianya memberi gambaran terhadap darjah ketakutan pada masyarakat.

COVID-19 merebak dengan sangat cepat melalui sentuhan dan ‘droplets’ dari pembawa. Kebanyakan dari pembawa COVID-19 ini tidak bergejala namun sebahagian kecil akan mendapat jangkitan yang sangat teruk dan perlu dirawat secara intensif.

Adalah amat penting supaya ramai orang tidak dijangkiti kerana kapasiti kesihatan untuk mengesan dan merawat penyakit ini memerlukan tenaga dan alat-alatan yang sangat banyak. Jika terlalu ramai orang dijangkiti dalam sesuatu masa, kapasiti kesihatan tidak dapat menampung dan kapasiti kesihatan akan lumpuh.


Adalah penting untuk menurunkan graf dari merah ke hijau.

Dan satu-satunya cara untuk menurunkan graf ini berada pada sikap masyarakat. Sikap masyarakat yang menentukan sama ada graf ini akan menjadi merah atau hijau. Sikap masyarakat yang akan menentukan sama ada sistem kesihatan akan lumpuh atau pulih.


Anda boleh mengubahnya, bantulah kami;

1. Jangan keluar rumah;

2. Jauhkan dari kawasan ramai orang;

3. Social distancing atau jarakkan perhubungan perseorangan;

4. Jaga kebersihan diri;

5. Hand hygiene atau jaga kebersihan tangan;

6. Jika sakit dan bergejala mendapat maklumat yang tepat untuk pemeriksaan dan rawatan.


Antara fiqh awlawiyat adalah menjaga nyawa. Tindakan anda mematuhi peraturan di atas adalah sebahagian dari tindakan yang bukan sahaja menjaga nyawa anda tetapi juga nyawa masyarakat. Mudah-mudahan Allah SWT akan mengganjari pahala atas kebaikan dan pengorbanan anda semua.





Older post Newer post