Cart 0

IDEA KREATIF DAN INOVATIF PERABOT DARI PALLET KAYU



Kita selalu melihat longgokan pallet kayu di mana - mana sahaja ketika era perindustrian yang semakin berkembang pesat pada masa kini. Malahan ada pallet yang telah rosak dibuang di merata - rata tempat.

Tetapi ramai yang tidak sedar dengan sedikit idea yang kreatif dan inovatif anda mampu manfaatkan pallet kayu yang terbuang itu menjadi suatu rekaan yang sangat berguna dan menarik dan tidak mustahil mampu memberikan mata pencarian atau pendapatan kepada anda yang menginginkan penjanaan perniagaan yang sangat murah, jimat dan berdaya maju.

Dengan hanya bermodalkan tukul, paku, gergaji dan pembaris/pengukur serta sedikit lelah dan tenaga memberikan anda satu bentuk modal perniagaan yang memberikan impak pendapatan yang sangat berguna dan bermanfaat. Tidak terkecuali kepada mereka yang berkeluarga juga mampu memberikan anda perabot - perabot yang sangat menarik dan kreatif untuk dijadikan perhiasan rumah anda.

Pada perkongsian kali ini saya ingin berkongsi idea mudah dan kreatif untuk dijadikan inspirasi anda dalam sedikit sebanyak menyokong kempen kitar semula atau menggunakan semula barang - barang terpakai untuk memantapkan Program Go Green yang diwar-warkan selama ini.


Mengapa Tidak ?

Anda hanya perlu buka minda dan idea serta mendorong diri anda dengan kerajinan, ketekunan untuk menjadikan idea ini suatu yang akan membuatkan anda tersenyum dan berbangga.


PALLET BUKAN SEKADAR KAYU ALAS !

Ianya juga boleh dijadikan idea untuk sesuatu yang lain malah anda tidak perlu menanggung kos yang tinggi untuk menghasilkan idea tersebut.

Seterusnya saya kongsikan kepada anda beberapa idea - idea kreatif dari pallet kayu seperti berikut.


Semoga bermanfaat.

 

 

 

Apa yang lebih bermakna adalah dari idea yang kecil anda mampu membina idea yang besar malah merealisasikan impian anda dengan membina sebuah rumah.






Older post Newer post