Cart 0

Muka macam tepung gomak, tips elak makeup bercapuk!


Pernah tak anda mengalami solekan bercapuk “padahal” mula-mula tadi elok muka flawless?


Anda mesti pernah merasainya bukan? Apatah lagi kalau anda mempunyai kulit jenis berminyak. Jadi ada ke cara mengatasi makeup bercapuk ini?


Tips makeup tahan lama

Kecantikan dan wanita adalah dua perkara yang tidak boleh dipisahkan.

Namun ada ke cara untuk memastikan solekan tidak bercapuk dan tahan lama?

Jangan risau, berikut adalah beberapa tips yang boleh anda ikuti:


Cuci muka

Sebaiknya sebelum pakai sebarang solekan, cara yang terbaik adalah mencuci muka terlebih dahulu. Apatah lagi jika anda mempunyai kulit jenis berminyak.

Selain itu, apabila anda membasuh muka, sel kulit mati akan turut disingkirkan. Dengan ini, sekaligus dapat membantu mengelakkan solekan kusam dan bercapuk. Cara yang terbaik, selepas membasuh muka, gunakan juga toner dan pelembap muka.


Face primer

Ia berperanan untuk menjadikan makeup lebih kekal dan tahan lama sehingga seharian. Ia juga bertindak sebagai pelembap kulit, menjadikan kulit lebih licin, menutupi pori dan kedutan.

Dalam masa yang sama, face primer juga dapat menjadikan tona kulit lebih rata dan seimbang. Jadi, pastikan anda memakai primer sebelum foundation yaa.


Warna sesuai

Untuk memilih foundation, perkara yang paling penting adalah mengenai warnanya. Kesilapan yang sering dilakukan adalah memilih warna yang salah.

Kebiasaannya anda akan mencuba tester di belakang tapak tangan. Sebaliknya, cara yang betul untuk mendapatkan warna yang sesuai adalah dengan mencubanya di jawline.


Pemilihan foundation

Jenis liquid dikatakan lebih mudah untuk diratakan pada wajah berbanding foundation jenis kering. Carilah produk yang sesuai dengan aktiviti harian yang akan anda lakukan. Jika anda perlu berada di bawah sinaran matahari, pilihlah foundation yang mempunyai SPF.

Selain itu, anda juga boleh memilih BB Cream (Blemish Base), CC Cream (Color Correcting) atau DD Cream (Dynamic Do-All), menawarkan fungsi yang sama seperti foundation tetapi lebih baik lagi. Namun yang penting, pastikan ia mengikut warna kulit anda!


Tarikh luput

Jangan fikir barang makeup “takda” tarikh luput tau! Sebaiknya anda disarankan untuk tidak menggunakan produk solekan yang sudah tamat tempoh. Setiap barangan solekan mempunyai tempoh tertentu yang ditetapkan.


Jari atau beauty blender?

Sebenarnya, bagi penulis sendiri, penulis lebih gemarkan untuk menggunakan tangan. Ini kerana penulis berasakan menggunakan tangan dapat meratakan foundation dengan lebih baik berbanding beauty blender.

Namun, apa pun ia adalah bergantung kepada keselesaan anda. Jika anda berasa lebih selesa dengan menggunakan beauty blender, dipersilakan.


Bedak

Tips terakhir untuk mengatasi masalah makeup bercapuk adalah dengan memastikan anda memakai bedak muka selepas pakai foundation atau sebarang cream.

Bedak pun ada banyak jenis seperti bedak kompak (compact powder), translucent, luminous dan juga loose.

Pemilihan jenis bedak adalah bergantung kepada keselesaan. Tetapi elakkan daripada memakai terlalu tebal sebab nanti takut jadi macam Raja Kapur macam dalam filem Seniman Bujang Lapuk ‘pulak’, “Kenapa muka kau macam tepung gomak?”! Naya ‘aje’.


Makeup spray

Turut dikenali sebagai setting spray, ia berfungsi sebagai lapisan perlindungan optimum untuk elakkan makeup cair walaupun terdedah kepada faktor sekeliling seperti peluh dan minyak muka.

Cara penggunaannya adalah hanya dengan menyembur kepada muka selepas selesai solekan termasuklah lipstik.

Untuk memastikan makeup kekal di wajah, anda bolehlah mencuba tips yang dinyatakan di atas.

Perkara yang paling penting, pastikan produk yang anda pilih dan guna bersesuaian dengan kulit anda. Ini kerana terdapat sesetengah produk mungkin tidak bersesuaian dan berisiko mengakibatkan kerengsaan.






Older post Newer post