Cart 0

Nak Makeup Yang Cantik? Jom Ketahui 5 Tips Memilih Foundation Yang Bersesuaian Dengan kulit Wajah!



Foundation adalah salah satu produk penting yang cik kina gunakan dalam makeup harian. Memilih jenis foundation yang sesuai dengan kulit boleh dikatakan payah juga sebab ia datang dalam pelbagai jenis tona dan formula. Ia juga produk yang boleh dikatakan tricky sebab makeup akak akan end up jadi flawless atau sebaliknya.

Sebab tu lah kena buat research sikit tentang jenis kulit akak sebelum beli foundation. Baru tahu ngam ke tak dengan kulit. Kalau salah pilih, tak pasal-pasal muka akak nampak berbeza. Jadi admin nak bantu akak achieve makeup yang flawless tu dengan tips-tips berikut.


1. Kenal jenis kulit muka 



Perkara paling penting yang akak kena tahu sebelum beli foundation adalah kenali jenis kulit wajah. Ini untuk memastikan formula dalam foundation tu sesuai dengan kulit akak. Jenis foundation yang sesuai dengan kulit berminyak adalah oil-free liquid foundation ataupun powder foundation. Kulit akak akan lebih lembut dan akak akan dapat finishing yang matte.

Buat kulit normal, akak beruntung tau sebab boleh gunakan pelbagai jenis foundation tanpa fikirkan masalah kulit kering atau berminyak.

Untuk yang berkulit kering, penting untuk akak moisturize dulu muka sebelum memakai produk lain. Kedutan di wajah nampak ketara atas kulit kering. Jenis foundation yang sesuai untuk akak adalah yang oil atau water based. Akak boleh gunakan liquid foundation dan sebolehnya elakkan powder foundation.

Pernah tak akak pakai produk kosmetik, muka akak naik merah-merah, jerawat atau gatal-gatal? Haa.. tu maksudnya akak mempunyai kulit yang sensitif. Bagi mengelakkan masalah kulit yang lagi teruk, better akak tolak tepi produk atau foundation yang mempunyai fragrance atau alkohol.


2. Ketahui warna dasar kulit (Skin undertone)


Seeloknya akak pilih tona foundation yang seakan warna kulit, tak terlalu cerah dan tak terlalu gelap untuk mendapatkan hasil yang natural. Jadi akak kenalah tahu warna dasar kulit akak sama ada cool, neutral atau warm. 


Caranya akak lihat kulit akak, kalau ia putih kemerahan (rosy), maknanya kulit cool. Kalau kulit lebih kepada kuning keemasan, tu kulit yang warm. Neutral pula adalah kombinasi kedua-dua warna undertone tersebut. Bila akak dah tentukan undertone kulit, lebih mudah untuk akak shopping foundation nanti.


3. Elakkan SPF



Mesti benda ni bertentangan dengan benda yang akak selalu dengar, betul tak? Memang betul SPF tu adalah jawapan pada semua masalah, tapi kali ni admin cadangkan supaya akak elakkan memakai foundation yang mempunyai SPF. Foundation macam ni selalunya lebih lembap dan tak smooth. 

Jadi sebagai ganti, akak boleh memakai sunscreen selepas moisturizer dan kemudian boleh teruskan memakai foundation. Barulah kulit akak terlindung dari sinaran UV!


4. Test kat kulit dulu tau!


Biasanya kalau pergi drugstore atau makeup store, akak mesti akan calit produk pada kulit tangan kan? Sebenarnya warna kulit tangan dan muka agak berbeza tau, jadi akak kena lah calit kat muka. Baru boleh nampak perbezaan atau persamaan tona warna produk dan kulit akak. Senang lah nak match!


5. Pilih yang ada serum



Membeli foundation sama macam membeli skincare. Bermakna akak kena pandai pilih yang terbaik untuk kulit muka. Jangan sewenangnya beli foundation tanpa akak tahu kandungan di dalamnya. Macam mana nak dapatkan kulit yang lembut dan tak kusam walaupun dah makeup?

Haa.. jawapannya akak kena pilih foundation yang mempunyai serum. Fungsinya sama macam hydrating foundation, untuk menjadikan kulit akak smooth dan glowy sepanjang hari. Takdelah makeup akak bercapuk nanti.

Semoga tips-tips yang admin dah share ni boleh memberi manfaat kepada akak. Kalau nak tahu lebih lanjut tentang produk kosmetik yang sesuai dengan kulit akak, kena lah rajin membaca dan buat research okay!





Older post Newer post