PADAN KASUT DENGAN BENTUK KAKI


Cara memilih kasut bersesuaian dengan bentuk kaki amat penting bagi memperlihat keserasian dan kesempurnaan dengan sepatu yang dipakai.

Kini, kasut tidak hanya berfungsi sebagai alas kaki saja, sebaliknya dapat digunakan sebagai pelengkap fesyen agar pemakai semakin cantik dan menarik.

Terdapat beraneka jenis kasut di pasaran yang boleh menjadi pilihan anda namun pemakai juga perlu mengetahui cara memilih kasut sesuai dengan bentuk kaki supaya penampilan terlihat lebih sempurna.

Berikut beberapa tip pemilihan kasut bersesuaian bentuk kaki yang boleh dijadikan panduan buat wanita:


1.Bentuk kaki kecil

Bentuk kaki yang pelbagai pastinya menuntut kita untuk lebih berhati-hati dalam memilih kasut terutama yang memiliki bentuk kaki kecil.

Jika anda ingin menggunakan kasut dengan tali sebaik-baiknya pilih tali nipis agar tidak terlihat terlalu mu­ngil dan kurus.

Sandal juga dapat membantu penampilan bentuk kaki yang kecil akan nampak lebih lebar.

Jika anda memiliki tubuh yang mungil, kasut dengan tumit tinggi akan membantu kaki kelihatan lebih jinjang.

Jangan pilih kasut bertali dengan tali yang terlalu lebar kerana akan membuat kaki anda semakin terlihat kecil.

Jangan memilih kasut dengan boot paras buku lali kerana kasut ini akan membuat kaki anda kelihatan tenggelam di dalam kasut sekali gus memberi kesan anda terlihat lebih pendek.

Model kasut baji juga tidak digalakkan buat anda yang memiliki bentuk kaki kecil kerana kasut ini dengan tapak tebal memberi kesan terlalu berat pada kaki kecil anda, sehingga terlihat kurang sesuai.


2. Kasut untuk bentuk kaki lebar

Jika anda termasuk wanita yang memiliki bentuk kaki lebar, disarankan untuk anda memilih kasut dengan model tirus dan ramping untuk mengurangkan kaki tampak lebar. Kasut dengan bahagian depan yang pendek, sehingga belahan jari kaki anda kelihatan akan memberi kesan langsing pada kaki anda. 

Jangan memilih kasut dengan bahan yang lentur kerana jenis bahan ini tidak akan menyembunyikan bentuk kaki anda yang lebar. Jangan memilih kasut dengan ukuran yang terlalu muat pada kaki kerana akan membuatkan tumit kaki kelihatan tersepit.


3. Kasut untuk bentuk betis besar

Jika anda wanita memiliki bentuk betis yang sangat besar sebaiknya memilih kasut bertali dengan model tumit yang tidak tertutup penuh akan memberi kesan langsing pada betis anda.

Pilihan kasut tumit tinggi juga akan membantu anda untuk memberi kesan tinggi dan langsing pada penampilan anda.

Kasut terbuka sehingga kulit tumit kaki yang kelihatan akan memberikan kesan bentuk betis anda besar.

Kasut dengan poto­ngan tali melilit betis akan memberi kesan memotong pada kaki anda dan kaki terlihat lebih pendek. Jika kaki terlihat pendek, ia memberi kesan betis anda besar.

Kasut sukan yang tertutup dan setinggi mata kaki pula akan menarik perhatian orang lain untuk melihat betis anda yang besar.

 

4. Kasut untuk bentuk kaki yang sedikit jinjang

Mungkin bagi wanita bentuk kaki jinjang memang sangat cantik dan sempurna namun tidak bermakna anda

tidak perlu memperhatikan cara berkasut yang baik agar penampilan kelihatan lebih sempurna.

Pilihan kasut rata sangat membantu anda yang memiliki bentuk kaki yang jinjang. Bentuk kasut ini akan me­ngurangkan bentuk panjang kaki anda.

Kasut wanita yang bulat seperti kasut jenis pump akan memberi kesan lebih pendek dan penuh pada kaki jinjang anda. Kasut tali yang melilit hingga betis ala balerina, juga dapat membantu penampilan anda agar betis terlihat kecil.

Hindari kasut de­ngan model tali nipis yang pendek pada tumit kaki akan memberi kesan kaki terlihat lebih ramping.

Jangan memilih kasut tumit tinggi seperti stilleto atau tumit kitten kerana akan memberi kesan lebih jinjang untuk kaki anda.





Older post Newer post