Cart 0

Tangan Bersih Sahaja Tak Mencukupi. Ini Adalah Cara-Cara Anda Boleh Sanitize Pakaian Anda

Bak kata pepatah, sediakan payung sebelum hujan.

Dengan jumlah kes tercatat yang semakin merisaukan hari demi hari, warga Malaysia sekarang perlu amalkan langkah-langkah berjaga yang lebih berkesan dan praktikal untuk pastikan individu dan keluarga  selamat daripada virus COVID-19.

Bukan sahaja baru-baru ini trending debat mengenai keberkesanan hand sanitizer untuk membasmi kuman yang jahat, sekarang ini mungkin anda boleh cuba sanitize pakaian anda! Bila kita fikirkan balik, bukan kulit kita sahaja yang terdedah terhadap kuman-kuman tersebut.



Membasmi baju-baju anda mungkin kedengaran agak keterlaluan tetapi jika anda ingin mengamalkan langkah penjagaan ekstra, anda boleh ikut cara-cara tersebut.



Basuh pakaian baru sebelum memakainya.

Pertamanya, anda tidak tahu siapa yang telah pun mencuba pakaian tersebut sebelum anda membelinya. Mungkin sebelum anda, orang lain telah cuba fitting pakaian tersebut. Oleh itu, walaupun dengan mata kasar ia nampak bersih, mungkin fabrik pakaian tersebut telah membuat kontak terhadap individu-individu yang telah terdedah dengan virus-virus jahat.

Jadi untuk langkah berjaga, anda boleh rendam baju tersebut dalam air yang dicampur dengan baking soda untuk neutralkan allergenic chemicals tersebut.



Jangan cuci baju penuh load.

Kalau dulu orang cakap cuci baju kena penuh load untuk jimatkan air dan tenaga. Tetapi tahukah anda dengan cara ini, pakaian yang anda cuci mungkin tidak dapat dibersihkan dengan efektif. Pencuci baju memerlukan ruang untuk menembusi lubang-lubang fabrik, oleh itu mulai sekarang anda mungkin boleh kurangkan baju dalam mesin basuh.



Jangan gatal tangan nak tuang dua tiga penutup penuh pencuci baju!

Sebenarnya, untuk sekali cucian muatan yang dicadangkankan, separuh penutup pencuci baju sudah pun memadai. Tahukah anda jika anda letak pencuci baju berlebihan, bakteria lebih senang lekat pada baju. Untuk pastikan anda menggunakan jumlah pencuci baju yang betul, cuba cara ini!

Cuci baju seperti biasa dan setelah selesai, cuci lagi sekali tanpa sebarang pencuci baju tambahan. Lihat sekiranya terdapat buih atau residu, itu bermaksud anda telah pun menggunakan bahan pencuci secara berlebihan.


Tambahkan sedikit baking soda dan cuka dalam cucian.

Tambahkan 1/2 cawan baking soda semasa mencuci pakaian. Baking soda mampu aktifkan bahan pencuci dalam pencuci pakaian dengan meneutralkan pH air cucian serta menyahbau fabrik tanpa pewangi sintetik. Semasa proses membilas, boleh tambahkan 1/2 cawan cuka (asidik) untuk neutralkan pH pencuci baju yang bersifat alkali.

Layanlah baju anda seperti kulit anda. Basuh dengan kerap kerana sama seperti badan, ia juga mampu menarik sebarang kuman.






Older post Newer post