Cart 0

TIPS HILANGKAN KESAN WARNA TURUN PADA BAJU

Selain menggunakan peluntur, terdapat pelbagai cara untuk menghilangkan kesan luntur pada baju.

Mencampurkan kesemua jenis fabrik yang ingin dibasuh dalam satu basuhan boleh menjimatkan masa. Namun jika anda bernasib malang, warna baju atau pakaian yang direndam melekat pada pakaian lain. Ini disebabkan anda tidak mengasingkan pakaian terlebih dahulu. Sebagai contoh, denim dan baju putih tidak boleh direndam bersama kerana warna denim boleh mencacatkan baju putih anda. Jadi apa anda perlu buat sekiranya warna baju sudah melekat pada pakaian lain. Mari lihat tip ini.


1. Rebus Baju

Rebus baju? Jangan terkejut kerana kaedah ini menjadi. Rebus sehingga hilang warna yang melekat pada baju itu. Tapi anda perlu lihat juga jenis fabrik yang ingin direbus. Kalau fabriknya tebal dan tidak sensitif tidak mengapa. Sekiranya fabrik nipis dan sensitif, rendamkan saja dengan air panas selama beberapa minit.


2. Perahan Limau

Rendamkan baju yang terkena warna tu dalam air panas yang telah dicampurkan dengan perahan limau. Sekiranya kotoran banyak, anda mungkin memerlukan perahan yang banyak. Ianya bergantung kepada tahap warna yang melekat pada baju anda.


3. Clorox Lemon

Letak 1 scoop sabun basuh baju dalam baldi. Isi air ikut anggaran baju yang hendak direndam. Isikan lima penutup botol clorox lemon. Kemudian, kacau air sabun dan clorox sehingga sebati. Masukkan baju anda. Rendaman yang lama untuk baju berwarna manakala pakaian putih mungkin dalam masa 10 jam.





Older post Newer post