Tips Memilih Baju Mengikut Bentuk Badan



Ingat lagi tak saya pernah share pasal camana nak pilih cutting baju ikut kesesuaian bentuk badan kita? Bukan main ikut suka je pilih baju ni. Apa lagi untuk memilih baju pengantin. Asal nampak cantik di butik pengantin terus ambil. Sedangkan awak perlu tahu design baju itu sesuai atau tidak. Ok lets I am sharing it again to you, dan awak boleh lihat idea idea untuk pemilihan lengan baju pengantin awak. Takde lah asyik design lengan fit dan berzip di pergelangan tangan kan. Ukur baju di badan sendiri tak cukup… sekarang ni macam-macam design baju pengantin ada. Rambang mata tergoda kan. Tahu saiz S, M, L, XL tak cukup kena pilih design yang sesuai.. Jangan jadi monster bride. NO NO NO.! Ada 5 jenis bentuk badan yang sangat common, paham kan dulu jenis bentuk badan, kemudian nanti saya akan share pulak pemilihan warna mengikut warna kulit. Baca tips warna baju sesuai dengan kulit gelap.


1) Bentuk badan Buah apple.

Tips Memilih Baju Mengikut Bentuk Badan

Ciri ciri

* Besar pada bagian perut dan pinggul disebabkan lemak.

* Sama seperti bentuk buah epal dan kita kelihatan lebar dan gemuk.

* Beware girls… bentuk tubuh ini memiliki ukuran pinggang sama atau lebih besar daripada pinggul.

Nasihat

* Harus berhati-hati dalam memilih baju.

* Elakkan memakai baju yang ketat, lemak akan kelihatan.

* Cari busana yang agak longgar untuk membantu menutup bahagian pinggang.

* Pilih corak kecil untuk menutupi kekurangan.

* Jangan memakai corak berunsur garis horizontal.

* Untuk fabrik, cari dari material lembut dan untuk kain..

* Hindari pemakaian aksesori yang terlalu banyak di bahagian pinggang agar tidak terlihat makin lebar dan gemuk.

* Pilih warna-warna gelap untuk memberikan kesan langsing.

 

2) Bentuk Badan Buah Strawbery atau segitiga

Wanita segi tiga atau sttrawbery

Ciri ciri

* Bentuk tubuh ini memiliki volume lebih pada bagian dada atau lengan yang lebar.

* Pinggang lebih kecil hingga ke punggung

Nasihat

* Berikan detail lebih pada bahagian pinggul.

* Boleh memakai corak motif garis horizontal.

* Hindari detail lebih pada bagian dada dan lengan.

* Jangan memakai pakaian ketat

* Jangan menggunakan lengan puff, dan rambu ramba di bahagian bahu dan kolar, ini akan menampakkan badan besar.

* Gunakan bentuk kolar V seeloknya untuk baju yang dipilih.


3) Bentuk badan Buah pear.

Tips memilih baju

Ciri ciri

* Bahagian dada kecil dan pinggang ramping.

* Badan dikatakan seperti duyung.

* Mempunyai pinggang,pinggul dan paha yang agak besar.

* Leher yang jinjang serta selari dengan bahu dan lengan yang kurus.

* Lebih cepat meningkat berat di bahagian bawah iaitu dari kaki seterusnya ke perut dan bahagian atas badan.

* Pinggang adalah aset terbaik yang dimiliki oleh orang berbadan pear.

Nasihat

* Meminimumkan corak pada bahagian pinggul ke bawah.

* Cuba gunakan warna gelap atau tanah untuk effect kecil.

* Pilih aksesori yang boleh dipakai di bahagian leher bagi menimbulkan ilusi yang kelihatan seimbang dengan pinggul dan paha.

* Elakkan pemakaian legging atau baju yang melekap pada tubuh. Say “NO” to mermaid cut skirt.


4) Bentuk badan lurus atau dikenali Buah Pisang dan juga pembaris.

Tips memilih baju

Ciri-ciri

* Kelihatan sama rata dari atas sehingga ke bahagian bawah seperti pisang.

* Lekuk pinggang kurang kelihatan.

* Nampak lurus seperti pembaris.

Nasihat

* Gayakan busana yang diperbuat daripada material yang mempunyai ‘volume’ seperti chiffon, hycon atau ruffle untuk memberi gambaran lebih berisi serta elakkan memakai busana ketat.

* Usah memilih busana yang terlalu pendek kerana ia akan menyerlahkan lagi tubuh yang kurus.


5) Bentuk badan Hourglass

hourglass

Ciri ciri

* Bentuk tubuh idaman semua gadis dan wanita di luar sana.

* Bentuk yang langsing dan mempunyai pakej bentuk yang sempurna.

Nasihat

* Bebas memilih apa juga design baju.

* Untuk effect tinggi dan lebih langsing, gunakan kasut tinggi.

* Tak de masalah dalam pemilihan jenis kain/fabrik.

* Untuk kelihatan menawan, boleh memilih sequin dress, peplum atau lace.

Sebenarnya ada banyak lagi jenis bentuk badan, mudah sahaja, kita kena pandai balance. Ok sekarang cuba perhatikan badan kita depan cermin, mana yang lebih dan mana yang kurang?

Yang kurang kita tambah.. yang lebih kita jangan lebihkan lagi.





Older post Newer post