Cart 0

Tips memilih kasut untuk nampak lebih langsing

Assalammualaikum. Kali ini, Kina nak tunjukkan beberapa tips untuk pemilihan kasut yang sesuai untuk menampakkan kita lebih langsing dan kurus. Memandangkan Kina pun dah bertambah lemak-lemak di badan, maka adalah sangat sesuai Kina bagi tips-tips ni. Tapi yang ni untuk perempuan je. Sorry guys!

 

1. Pilih kasut yang bertumit.

Kasut tu tak semestinya bertumit terlalu tinggi. Tapi memang kalau korang nak nampak lebih langsing, kasut tumit tinggi memang sangat membantu.

 

2. Kasut yang berbentuk muncung akan membantu menampakkan kaki anda lebih panjang.

Korang tau kan kasut bentuk muncung camne? Alaa, yang muncung macam ikan todak tu. Jadi kalau korang pakai kasut yang berbentuk muncung ni, automatik, kaki korang akan nampak lebih panjang. Kalau kaki anda nampak panjang, automatiklah anda akan nampak lebih kurus! kan? Jadi kalau korang dah rasa kaki korang tu dah cukup panjang, tapi korang sebenarnya nak nampak lebih langsing, pilih lah kasut berbentuk muncung (Pointy toe shoes) macam gambar kat bawah ni.

 

Kina panggil kasut ikan todak. hehe

 

 

3. Opened-toed shoes

Kasut yang terbuka di bahagian depan akan memberikan ilusi yang lebih kurus pada peha dan betis anda. Satu lagi jenis kasut yang akan menjadikan peha dan betis anda lebih kurus adalah sandal bertumit macam gambar di bawah ni.

 

 

sandal bertumit tinggi/ high heeled sandal

 

 

 

opened toed shoes

 

 

4. Elakkan dari memakai kasut yang bertali di buku lali (ankle straps shoes)

Kasut jenis macam ni (gambar di bawah) akan memberikan ilusi kaki anda lebih pendek. Apabila kaki anda nampak pendek maka secara tidak langsung anda akan nampak lebih gemuk dan pendek. Jadi elakkan dari membeli kasut jenis sebegini ya. Dulu-dulu zaman sekolah, Kina minat gak kasut jenis gini. Seksi katanya. wuahahah.

 

ankle straps shoes

 

5. Wear slingback or backless shoes

Kasut-kasut begini (lihat gambar di bawah) akan memberikan ilusi kaki anda lebih panjang dan anda akan nampak lebih kurus berbanding jika anda memakai pumps yang semestinya akan membuatkan kaki anda lebih pendek dan anda sudah tentu akan kelihatan lebih gemuk!

 

 

backless shoes

 

slingback shoes

 

 

pumps

 

So, itu sahaja tips untuk kali ini. Harap-harap berguna lah untuk korang. Lain kali, Kina post entri mengenai tips yang lain pulak ok. Byeee





Older post Newer post