Cart 0

TIPS PEMILIHAN WARNA

Hari ni korang pakai baju warna apa? Korang tahu tak setiap warna pakaian yang korang pakai tu mempunyai aura tersendiri yang mampu menyerlahkan si pemakainya tau.

Ramai yang memilih warna mengikut personaliti diri atau kesesuaian kulit. Sebenarnya pakar motivasi mengatakan pemilihan yang tepat adalah berdasarkan hari.

Jom baca TIPS di bawah ini :

Isnin - Putih/Cream


Hari Isnin sebagai permulaan hari, jadi amat penting untuk kamu kembali ke kuliah atau tempat kerja dengan mood yang positif. Warna ini lambang kesucian harmoni. Pemakaian warna putih akan membuatkan kamu berasa polos dan bersedia menghadapi sebarang kemungkinan dengan tenang.


 Selasa - Merah Jambu/Ungu  

 

 

Dua warna ini memiliki kasih sayang dan tumpuan. Aura positif daripada merah jambu membuatkan korang berasa gembira dan selesa. Ini mudah bagi kamu untuk fokus terhadap tugasan yang diberikan oleh ketua atau pensyarah. Warna ini juga membuatkan korang ceria dan kelihatan muda daripada usia sebenar.


Rabu - Biru

 

Biru dikatakan mampu melancar atau memudahkan komunikasi. Ia juga mendorong korang untuk berfikiran rasional dan membuat keputusan dengan tepat.

 

Khamis - Kuning/Oren


Warna ini memantulkan tenaga dan menjana pemikiran yang lebih kreatif dan kritis. Dua warna tersebut memberi keceriaan dan membuatkan korang bergerak aktif melaksanakan segala tugasan dengan pantas. Dua warna tersebut juga mendorong tubuh korang kekal bertenaga dengan pemikiran cergas sepanjang hari.

 

 





Older post Newer post