Cart 0

Wanita Yang Pakai Makeup Di Bawah Cuaca Panas Mesti Kena Hadap 5 Situasi "Leceh Gila" Ini

Makeup dan wanita berpisah tiada.Sudah menjadi lumrah wanita masa kini untuk mengenakan makeup, ianya adalah untuk meningkatkan keyakinan diri untuk berjumpa dengan orang ramai.                  

Sama ada pergi ke kelas, ke pejabat, berjumpa kenalan, ataupun ke majlis keraian, makeup dilihat sebagai satu pendinding penting agar wajah tampil berseri dan sihat di khalayak ramai.Namun, pemilihan makeup yang betul adalah penting bagi setiap wanita untuk memastikan ianya bertahan lama dan tidak cair walaupun ketika cuaca panas.

                           

Image from kstatecollegian.com


Siapa yang tak nak mekap yang on-point, betul tak?

Namun begitu, wanita-wanita yang menetap di Malaysia mengalami satu masalah iaitu sukar untuk mereka mengekalkan makeup selepas beberapa jam. 

Sebabnya: Cuaca terlalu panas dan makeup susah untuk kekal lama!      Selepas beberapa jam, makeup akan jadi seperti ini:

Cair.

Para wanita Malaysia yang selalu pakai makeup mesti boleh kaitkan diri mereka dengan situasi-situasi "leceh gila" di bawah:

1. Wajah daripada kering terus berminyak

Bila wanita memakai makeup dengan menggunakan produk dan cara yang betul, ianya boleh membantu untuk menjadikan makeup lebih tahan lama dan sentiasa on-point tanpa perlu touch-up! 

Tapi bila di bawah cuaca panas, lain pula ceritanya. 


Image from Clevver


Foundation yang dikenakan sebelum keluar dari rumah tidak lagi berfungsi untuk mengekalkan kekeringan pada kulit wajah. Pasti anda pernah alami, bukan?

2. Apabila menggunakan foundation yang bukan oil-free, wajah anda akan kelihatan lebih berkilat + berminyak ketika bergambar

Gambar yang diambil, terutamanya yang menggunakan flash akan memberi kesan muka berminyak paling ketara pada wajah. Maka, dapatlah hasil gambar yang tidak memuaskan dengan kesan minyak yang tak dapat dibendung lagi. Mungkin ramai wanita yang menghadapi masalah yang sama iaitu sukar untuk mengawal minyak pada wajah. Maklumlah, cuaca di Malaysia memang sangat panas dan anda perlu memakai produk yang betul dan sesuai untuk mengatasi masalah seperti ini.


Image from Murni Azman


3. Wanita yang bertudung akan menghadapi kesukaran dalam memilih shades foundation yang betul dan sesuai untuk kulit wajah

Wajah yang berpeluh dan berminyak akan menjadikan tona kulit tidak sekata. Ada bahagian yang lebih gelap, ada juga bahagian yang berminyak dan keseluruhan wajah nampak bertompok. Ini merupakan masalah yang sering dihadapi oleh wanita yang bertudung. 

Bila pakai tudung yang warna lebih cerah, muka anda akan nampak lebih cerah. Namun, jika warna tudung agak gelap, warna muka juga akan kelihatan kelabu jika anda tidak menggunakan shades foundation yang betul.


Image from Tumblr


4. Foundation mula meninggalkan kesan kotor pada tudung. Memang stress gila!

Salah satu perkara yang boleh merosakkan mood anda adalah apabila makeup anda mulai cair dan mula meninggalkan kesan kotor pada tudung anda. Geramnya rasa! Lebih-lebih lagi jika anda memakai tudung yang berwarna cerah. Memang terang sangat nampak!

Atasi semua masalah di atas dengan hanya satu solusi iaitu produk terbaru yang dikeluarkan oleh YSL Beauté - All Hours Stick Foundation yang direka khas untuk wanita yang suka bersolek!

YSL Beautè All Hours Foundation Stick yang terbaru menjanjikan penampilan matte mulus yang bertahan selama 24 jam! Selain itu, produk ini juga akan memastikan bahawa kulit wajah anda akan bebas dari minyak walaupun memakai makeup sepanjang hari. Barulah wajah tampak lebih flawless! Apa yang lebih mudah adalah jika anda seorang yang suka touch-up makeup setiap kali berpeluh, kini tiada lagi dengan All Hours Foundation Stick! Mudah untuk dipakai, saiz yang sederhana untuk dimasukkan dalam beg tangan dan pastinya menjanjikan keputusan yang memuaskan untuk kulit wajah setiap wanita.


Image from YSL Beauté


Foundation adalah kunci kepada makeup yang sempurna. All Hours Foundation Stick ini merupakan penyelamat kepada kulit kering, berminyak, kombinasi dan juga sensitif. Anda tidak perlu risau lagi untuk memilih produk ini untuk digunakan pada kulit wajah.Sama ada pakai pada waktu siang atau malam, produk ini mampu bertahan selama 24 jam dan diyakini dapat membantu mengelakkan muka daripada berminyak. 

Malah, produk ini juga mampu untuk membuatkan wajah anda nampak lebih natural dan tidak 'cakey'. Kerana formula produk ini yang mempunyai tekstur cream-to-powder yang boleh membuatkan anda lebih senang untuk menggunakannnya pada kulit wajah seseorang.


Image from Giphy


Paling istimewa tentang produk All Hours Foundation Stick ini adalah ianya bukan sahaja sesuai digunakan sebagai foundation.

Malah, boleh digunakan dengan dua cara lain yang berbeza, iaitu:


Image from YSL Beauté


1. Foundation: Full coverage, matte shine control, tidak mengeringkan kulit wajah, mampu mengawal minyak, tahan lama sehingga 24 jam dan banyak lagi!


2. Conceal: Boleh dibawa ke mana-mana dan conceal wajah walaupun ketika berada di luar tanpa perlu membawa berus mekap! Mudah bukan?


3. Highlight: Boleh juga digunakan sebagai Contour & Highlight serta membuatkan mekap anda lebih on-point dan sentiasa kemas sepanjang masa.Produk ini akan memastikan kulit wajah kekal matte dan smooth sehingga 24 jam, tahan lama, kalis air dan pastinya memberikan keselesaan maksima untuk si pemakai.

Bagaimana pula wanita bertudung mampu atasi masalah yang dihadapi dengan adanya All Hours Foundation Stick ini?


Image from Pinterest


Wanita bertudung dikatakan menghadapi kesukaran untuk memilih shades foundation yang sesuai dengan warna kulit, bukan? All Hours menawarkan 20 shades yang berbeza dan anda boleh memilihnya mengikut tona warna kulit wajah anda. Semua shades yang disediakan bakal menjanjikan penampilan matte yang kekal sehingga 24 jam! Untuk masalah makeup yang melekat pada hijab pula, anda boleh atasinya dengan foundation yang mempunyai formula Transfer-Proof daripada YSL Beauté ini.

All Hours Foundation Stick ini mempunyai ciri-ciri seperti kalis air dan tidak akan meninggalkan kesan pada pakaian. Terutamanya untuk wanita berhijab, tidak perlu risau lagi kerana produk ini tidak akan melekat pada tudung anda. 





Older post Newer post